|
|
comments (0)
|

Hari Kokurikulum kali pertama telah dijalankan bertempat di SK Taman Tun Aminah bermula jam 8 pagi hari ini. Aktiviti ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar tahap 2 iaitu pelajar yang berada di tahun 4, 5 dan 6.

Aktiviti pada hari ini bermula dengan senaman pagi. Seterusnya Mesyuarat Agung untuk Kelab Sukan dijalankan diikuti dengan Mesyuarat Agung Unit Beruniform. Selepas pelajar berehat, Mesyuarat Agung untuk Kelab dan persatuan pula dijalankan.

Sejurus selepas itu, satu program gotong royong telah dijalankan. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan diberi ke stesen-stesen tertentu yang terdiri daripada bilik-bilik khas. Program hari ini tamat pada jam 12 tengahari.
