skttA ONLINE

LAMAN WEB RASMI SK TAMAN TUN AMINAH
JALAN PAHLAWAN 4 TAMAN UNGKU TUN AMINAH
81300 SKUDAI JOHOR TEL : 07-5570484 FAX : 07-5583757

Umum

Selamat Datang

Informasi Terkini

No upcoming events

Guru Besar


Puan Hjh Rosmawati binti Mohamed

Vvideo Korporat Sekolah

 

Pautan Pantas

 

 

Keahlian

 

Ranking

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and PortalsEducation Topsites List

Recent Videos

No recent videos

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah telah dibuka pada 1 Julai 1987 dan merupakan sekolah kebangsaan perintis di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. SK Taman Tun Aminah ini mengambil sempena nama taman perumahan di mana sekolah ini terletak dan taman perumahan ini pula mengambil sempena nama Al-marhumah Sultanah Johor ke-2, Ungku Tun Aminah. Sekolah ini mempunyai 9 orang tenaga pengajar ketika itu dengan jumlah murid seramai lebih kurang 220 orang.

 Pentadbiran sekolah ini diterajui oleh Tuan Haji Mahbob bin Abd. Rahman yang merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Enam aliran telah diwujudkan dengan setiap aliran dengan satu kelas bagi setiap aliran. SK Taman Tun Aminah mengamalkan sistem persekolahan satu sesi ketika itu. Dua blok bangunan tiga tingkat telah didirikan bagi menampung semua murid. Majoriti murid-murid sekolah ini menetap di Taman Ungku Tun Aminah. SK Taman Tun Aminah pernah menjalankan persekolahan dua sesi iaitu pagi dan petang dengan enrolmen murid mencecah bilangan tertinggi seramai 2192 orang pada tahun 1994. Keadaan ini berubah apabila banyak taman perumahan baru dibina di sekitar Taman Ungku Tun Aminah.

 

 

Pentadbiran sekolah sekarang diterajui oleh Puan S. Hanim binti A. Rahman.

Pentadbiran

 Berikut merupakan senarai guru-guru yang pernah menjadi Guru Besar di SK Taman Tun Aminah.

Tahun berkhidmatGuru Besar
 

1987 - 1988

 

Tuan Haji Mahbob bin A. Rahman

 

1988 - 1991

 

En. Mokhlas bin Md. Noor

 

1992 - 1995

 

En. Mohd. Ikhsan bin Samiri

 

1995 - 1999

 

En. Jemsari bin A. Mukti

 

1999 - 2001

 

Pn. Salmah binti Othman

 

2001 - 2003

 

Pn. Hajjah Hajar binti Ibrahim

 

2003 - 2005

 

En. Zulkifly bin ahmad

 

2005 - 2006

 

Tuan Haji Mohamed Yunos bin Mohamed Taff

 

2006 - kini

 

Pn. S. Hanim binti A. Rahman